LEMAH

Aku berjalan disekitar pantai menghirup udara segar sambil menikmati indahnya ciptaan Allah yang tidak dapat untuk digambarkan oleh akal fikiran yang terbatas ini...Satu saat air mata ku mengalir tanpa aku sedar langkahku jua turut terhenti terfikir sejenak dengan apa yang telah berlaku pada diriku kini mampu kah aku sekuaat sahabatku yang dulu menerima semua ujian yang diberikan di dunia ini,kuat ka aku seperti dirinya..Ya Allah aku hanya hambamu yang lemah engkau bantu la aku pimpinlah diriku ini agar aku mampu jadi sekuat dan setabah sahabat ku dalam menjalani takdir dan ujian yang telah engkau catatkan untuk kehidupan ku di dunia ini...



Terbayang wajah tua mamaku yang penuh dengan senyuman,kasih sayang,cinta dan keceriaannya tatkala melihat anak-anaknya bersama bergurau senda,wajah kakak2 ku yang tersayang yang banyak memberi aku harapan dan semangat dari kecil sehingga aku dewasa,saat aku kecewa mereka lh yang selalu bersamaku,mampu ka aku untuk melihat semua kebahagian ini bertukar sedih dan penuh airmata dalam sekelip mata sahaja????Ya Allah aku terlalu lemah untuk mengatakan semua ini pada keluarga ku bantu aku untuk terus kuat dihadapan mereka....


Hati ku semakin bertambah sebak saat aku teringat wanita yang istimewa dalam hidup ku ini,siapa yang hendak menghiburkan dirinya,menjaganya,membuat dia selalu gembira beratnya dugaanmu padaku,mampu ka jua aku untuk terus berpura2 kuat dihadapannya?mampu ka aku terus menyembunyikan semua ini darinya?salahkah aku andai aku tidak memberitahu perkara ini padanya???Aku tidak ingin dia susah hati,sakit,menangis melihat aku...Walaupun aku dan dirinya baru lagi dalam percintaan namun bagi diriku bagaikan telah bersama dengannya 10 tahun..


Maafkan diriku ini andai keputusan yang aku lakukan ini menyakitkan hati semua pihak dan banyak orang yang akan kecewa terutama sekali family dan insan yang paling ku sayang dalam hidupku..Bukan aku tidak ingin berkongsi semua ini namun aku tidak mahu menyusahkan semua pihak aku tidak ingin melihat kamu mengeluarkan airmata dan merosakkan kebahagian yang dirasakan kini..Tiada niat dihati ini untuk melukakan hati insan2 yang ku sayangi tapi semua ini ku lakukan untuk kebaikan semua pihak....

Andai 1 hari nanti aku tiada lagi aku hanya harapkan kemaafan dari semua pihak keluarga ku,mama,kakak2 ku,dan yang teristimewa cinta hatiku...cintaku andai engkau marah dengan keputusan ku ini engkau benci la diriku ini selamanya andai itu dapat melepaskan kemarahanmu aku redha semua ini...namun aku hanya ingin engkau tahu hanya kemaafan darimu yang ku harapkan semoga engkau mahu memaafkan diriku ini....









No comments:

Post a Comment