Seorang yang tak pernah ku dengar keluhan dari bibirnya
Seorang yang tak pernah berkata penat dalam mencari nafkah
Seorang yang selalu ada kala diri ini dalam kesedihan dan kesusahan
Seorang yang tak pernah jemu mengukir senyuman untuk diri ini.......
ABAH............
Seorang insan yang sehingga kini tetap aku rindui meskipun tiada lagi di dunia
Kala diriku dalam kesedihan abah la tempah untuk aku mluahkan segalanya
Ketika diri ini hilang keyakinan diri pelukan abah la buat aku kembali yakin
Abah la kekuatan,semangat ku sehingga ke hari ini...
Kini abah telah pergi jauh meninggalkan diri ini,sakitnya hati ini hanya ALLAH yang tahu..
Air mata ku keluar tanpa kupaksa sedihnya hati tatkala melihat orang yang ku syg kini hanya dapat ku pandang,peluk,cium dan ku rindui hanya dengan sekeping gambar namun hanya itulah yang aku mampu lakukan untuk melepaskan segala apa yang aku rasakan selain mendoakan dirinya..
kata2 abah kat aku
Wahai anakku syg kehidupan di dunia banyak mengajaq erti kehidupan yang sebenarnya namun wahai anakku berhati2 la dalam engkau mengecapi kejayaan dan kekayaan di dunia ini jangan engkau lupa untuk pandang ke belakang kerana segalanya bermula dari belakang,agar engkau selalu ingat akn asal usul mu wahai anak ku,agar engkau selalu meningatkan dirimu di mana engkau suatu masa dahulu sebelum engkau berada sekarang,supaya engkau selalu ingat bahawa ALLAH itu selalu ada bersamamu dikala engkau susah dan senang dan ingatlah wahai anak ku syg jangan pernah engkau sesekali menabdikan dirimu hanya pada yang satu,dan jangan la engkau lupa kepadanya kerana segala yang engkau miliki sekarang atas izinnya,percaya lah wahai anak ku selagi engkau ingat padanya sujud padanya engkau akan selalu merasakan indahnya kehidupan ini...
Abah terima kasih atas segala tunjuk ajaq dan kasih syg yang abah curahkan pada adik,sekalipun abah terlah pergi jauh dari adik,namun abah tak pernah jauh dari hati adik,adik selalu ingat segala pesan dan tunjuk ajaq yang abah berikan pada adik,abah adik syg abah semoga abah aman berada di sana ......
AL-FATIHAH.......














No comments:
Post a Comment